
Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara dengan kadar obesiti yang tertinggi di rantau ini. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Jawapannya adalah kerana gaya hidup masyarakat. Pengambilan makanan yang tinggi, kalori, lemak dan gula serta kurangnya aktiviti fizikal menyumbang kepada statistik ini.
Apa itu Pemakanan Seimbang?
Oleh yang demikian, amat penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pemakanan seimbang? Pemakanan seimbang ialah diet yang dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien yang cukup untuk kegunaan harian.
Kumpulan Makanan yang Perlu Ada
Badan kita memerlukan pelbagai jenis makanan untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan utama supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan baiknya. Berikut merupakan kumpulan utama makanan:
- Karbohidrat
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Protein
- Lemak
Ditulis oleh Mohamad Alif Asyraf bin Nazarudin
Terokai lagi
Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva
1. Log Masuk Canva: Buka laman...
Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak
Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...
Kereta Idaman
Credit to: Cikgu Sidi
Dengan...