Vertical Line Image
Hormati Peraturan Makmal Sains
oleh MindLoops, 10 Oct 2025

blog image

Cuba ingat semula, bila kali terakhir anda masuk ke makmal sains? Seronok tak bila dapat masuk dalam makmal dan buat eksperimen?

Ilmu sains merupakan salah satu pintu kejayaan di masa hadapan. Tetapi, untuk berjaya, disiplin dan keselamatan di makmal adalah kunci utama untuk memastikan aktiviti di dalam makmal selamat dari sebarang perkara yang tak diingini.

Jom, kita ketahui cara menghormati peraturan makmal sains!

1. Dengar arahan guru

Jika anda sedang menjalankan eksperimen, dengar arahan guru sebaiknya sama ada sebelum, semasa dan selepas eksperimen. Fokus dan beri perhatian kepada setiap langkah keselamatan dan cara pengendalian bahan atau peralatan. Jangan jadikan makmal tempat bergurau atau berlari-lari.

2. Memakai pakaian keselamatan

Setiap murid perlu memakai pakaian yang bersesuaian dengan eksperimen yang akan dijalankan. Mereka perlu memakai kot makmal, sarung tangan atau cermin mata keselamatan jika diarahkan guru. 

3. Mengendalikan bahan kimia dengan berhati-hati

Jika eksperimen anda melibatkan bahan kimia, pastikan bahan tersebut dikendalikan mengikut prosedur yang betul. Jangan bermain dengan bahan kimia tersebut. Elakkan dari bau, rasa atau sentuh bahan kimia tanpa kebenaran guru.

4. Tidak makan atau minum

Makmal sains bukanlah tempat untuk kita menikmati hidangan makanan atau minuman kerana ia boleh menyebabkan pencemaran bahan dan boleh membahayakan kesihatan anda. 

5. Laporkan sebarang kemalangan atau kerosakan

Apabila berlaku kemalangan atau kerosakan, jangan bertindak sesuka hati. Laporkan pada guru dan biar guru yang mengambil tindakan seterusnya. Jika berlakunya kecederaan, segera dapatkan rawatan.

6. Guna peralatan makmal dengan cermat dan jaga kebersihan

Pastikan anda tahu cara menggunakan peralatan dalam makmal seperti penunu Bunsen, silinder penyukat dan termometer. Utamakan kebersihan makmal terutamanya selepas membuat eksperimen dan susun semula peralatan makmal ke tempat asal.

Kesimpulannya, dengan menghormati dan mematuhi peraturan dalam makmal dapat menjadikan anda pelajar yang bertanggungjawab. Malang tidak berbau kan? 

 

Ditulis oleh Raimy Syarafina binti Rohim


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Pengurusan Bilik Darjah
Tip Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam Kelas
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan Gangguan Bilik Darjah Berkesan
Pengurusan Bilik Darjah
Kesihatan Mental
Pengurusan Bilik Darjah
Laungan Bilik Darjah (Student Shout Out)

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Teknologi

Kereta Idaman

Credit to: Cikgu Sidi

 

Dengan...