Vertical Line Image
Biarkan Anak Bermain Air
oleh MindLoops, 10 Oct 2025

blog image

Perasan tak, kanak-kanak sangat suka bermain dengan air. Jika sedang membasuh tangan pun mereka suka bermain air, apatah lagi di kolam renang atau taman tema air. Pasti lebih teruja!  

 Tapi, kenapa ya?  

 Sebenarnya, banyak kelebihan jika membiarkan kanak-kanak bermain dengan air asalkan masih dalam pantauan orang yang lebih dewasa. 

Dalam tak sedar, apabila anak anda bermain air, ia telah membantu menguatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka. Aktiviti seperti menciduk, mencurah atau memercik air membantu menguatkan otot-otot tangan. Dalam keadaan ini, mereka dapat belajar mengawal pergerakan badan dengan lebih baik. 

Kita semua mesti pernah bermain dengan buih sabun kan? Tekstur buih dan gelembung yang terhasil dari campuran air dan sabun dapat merangsang deria sensori anak-anak terutamanya deria sentuhan. Seronok kan?  

Bukan itu sahaja, dengan bermain air, daya imaginasi anak-anak akan lebih tinggi. Pasti mereka lebih kreatif apabila berpura-pura bermain masak-masak, memandikan anak patung, membasuh basikal dan sebagainya. 

Dengan bermain air juga, anak-anak akan mempelajari konsep asas sains dan matematik seperti konsep graviti, apungan, isipadu air dan banyak lagi. Pasti seronok jika mereka bermain sambil belajar, menguji sendiri pelbagai benda sama ada terapung atau tenggelam. 

Kesimpulannya, membiarkan anak-anak bermain dengan air bukanlah sekadar suka-suka, tetapi ia memberi manfaat penting kepada perkembangan mereka. Mereka dapat meneroka sendiri pelbagai konsep melalui suasana pembelajaran tidak formal dan menyeronokkan. Asalkan aktiviti itu masih dalam keadaan selamat dan terkawal. 

 

Ditulis oleh Raimy Syarafina binti Rohim


Kategori Berkaitan

Artikel Berkaitan
Kemahiran Keibubapaan
Atasi Konflik Dengan Anak Tanpa Emosi
Kemahiran Keibubapaan
Teknik Komunikasi dengan Anak
Kemahiran Keibubapaan
Bagaimana Menjadi Pendengar yang Aktif?
Kemahiran Keibubapaan
Impak Positif Mainan Fizikal Terhadap Perkembangan Kanak-Kanak

Terokai lagi

Teknik Belajar

Panduan Membina Jadual Waktu Kendiri Menarik Menggunakan Canva

1. Log Masuk Canva: Buka laman...

Tutor

Pupuk Rasa Ingin Tahu dan Motivasi Kanak-Kanak

Sebagai ibu bapa, kita memainkan peranan yang a...

Teknologi

Kereta Idaman

Credit to: Cikgu Sidi

 

Dengan...